LightBlog

04 February 2018

7 makanan yang boleh dimakan ketika berdiet

4.2.18 0

SETIAP kali awal tahun, tentu semangat untuk menurunkan berat badan akan berkobar-kobar.
Diet memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan.
Tidak perlu terlalu menahan lapar secara keterlaluan sebaliknya bijaklah memilih makanan yang sesuai untuk diambil.
Salah satunya adalah dengan tetap mengambil sumber makanan yang berlemak.
Ya, tidak selamanya lemak itu jahat untuk tubuh.
Ada lemak sihat yang berguna untuk menurunkan berat badan kerena ia akan ‘memberikan’ rasa kenyang.

AVOKADO

Avokado merupakan buah dengan kandungan 80 peratus isinya adalah lemak.
Asid lemak yang ada di dalam avokado iaitu asid oleat, membantu dalam melawan kolesterol dan menjaga kesihatan tubuh.

KEJU

Keju merupakan produk olahan susu yang paling bergizi.
Sepotong keju mengandungi vitamin B12, fosfor, kalsium, dan lemak baik untuk menurunkan berat badan.

COKLAT

Kandungan lemak sihat di dalam coklat sangat tinggi iaitu sekitar 65 peratus.
Selain lemak, coklat juga mengandungi serat, zat besi, tembaga, magnesium, dan zat antioksidan untuk mengendalikan kolesterol dan tekanan darah.
Makanlah coklat saat sedang berdiet. Ia mampu ‘memadam’ keinginan untuk makan makanan manis.

TELUR

Sebiji telur mengandungi lemak dan kolesterol sihat yang tidak akan menyebabkan penambahan berat badan ketika anda
memakannya.
Telur tinggi dengan zat antioksidan yang berguna untuk menjaga kesihatan tubuh.

IKAN

Ikan seperti salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu untuk menurunkan berat badan.
Ikan salmon juga membantu menguatkan jantung dan mencegah gangguan seperti demensia.

KACANG

Kacang adalah jajan yang sihat dan kaya dengan lemak, serat, dan protein.
Kacang juga mengandungi vitamin E, magnesium, dan mineral yang sangat penting untuk tubuh.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan makan kekacang berisiko rendah untuk menghadapi masalah obesiti.

BIJI CHIA

28 gram biji chia mengandungi sekitar sembilan gram lemak sihat.
Asid lemak omega 3 ini penting untuk menyihatkan jantung dan menurunkan berat badan.


Dipetik dari Akhbar Sinarharian: http://www.sinarharian.com.my/wow/7-makanan-yang-boleh-dimakan-ketika-berdiet-1.793298

1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari https://lifestyle.okezone.com/read/2015/02/05/298/1101785/tempat-terbaik-simpan-cokelat-bukan-di-kulkas

22 January 2018

Enam tip menyimpan epal agar tidak mudah busuk

22.1.18 0
Epal - Foto sumber internet
BUAT penggemar buah epal tentunya anda tidak pernah putus dengan bekalan buah epal di dalam peti sejuk.
Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Bagi mengekalkan kesegaran buah epal, ada caranya.
Berikut dikongsikan tip menyimpan buah epal agar lebih terjaga kesegarannya.
1. Pisahkan buah epal yang lebam atau busuk daripada buah epal yang segar. Ia bagi memastikan epal yang rosak tidak akan merosakkan buah-buah epal segar yang lain.
2. Untuk penyimpanan jangka panjang, pilih buah-buah epal yang berkulit tebal dan padat seperti granny smith, fuji atau rome.
3. Simpan epal di dalam peti sejuk tanpa perlu membungkus buah epal dengan plastik agar buah epal tetap segar.
4. Bungkus satu demi satu buah epal dengan tisu dapur agar tetap boleh ‘bernafas’. Jangan gunakan bekas yang bertutup rapat.
5. Buah epal tetap memerlukan kelembapan. Tutupi buah-buah epal dengan tisu dapur yang dibasahi sedikit air jika anda tidak menyimpan buah epal di dalam peti sejuk.
6. Jika anda mahu menyimpan buah epal di dalam bekas yang tertup untuk disimpan di dalam peti sejuk, alas bekas simpanan dengan kertas yang dicarik-carik atau gabus pembungkus buah-buahan.


Dipetik dari Akhbar Sinarharian: http://www.sinarharian.com.my/wow/enam-tip-menyimpan-epal-agar-tidak-mudah-busuk-1.786835

28 September 2015

Permainan video rangsang fikiran kanak-kanak

28.9.15 0
kreativiti permainan video
Permainan video rangsang daya pemikiran
Kebanyakan ibu bapa seringkali membataskan waktu permainan anak-anak, terutama permainan video yang dikatakan banyak berunsurkan kekerasan.
Ini kerana, kebanyakan meraka khuatir anak-anak terdorong untuk meniru aksi-aksi ganas yang dipaparkan menerusi permainan tersebut.
Namun, kajian daripada seorang pensyarah di Universiti Oxford, England, Andrew Przbylski mendapati, kanak-kanak yang kerap bermain permainan video memang cenderung untuk berkelakuan hiperaktif. Namun, kelakuan tersebut bagaimanapun tiada kaitan dengan permainan video yang mereka main.
"Kaitan antara permainan video dengan kelakuan anak sangat kecil kerana permainan tersebut tidak memberi kesan negatif yang besar seperti yang ditakut-takutkan oleh ibu bapa selama ini.
"Ini kerana, rata-rata guru yang memerhati perkembangan kanak-kanak tersebut berkata, kelakuan kanak-kanak tersebut sama seperti kanak-kanak yang tidak bermain permainan video," jelasnya.
Ujar Przbylski lagi, selain tidak mendatangkan kesan buruk, permainan video juga bermafaat dan mampu merangsang daya pemikiran kanak-kanak supaya menjadi lebih matang.




Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 12 April 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://ciricara.com/wp-content/uploads/2012/11/26/Kecanduan-bermain-game.jpg

02 September 2015

Lada Hitam Reda Perut Kembung

2.9.15 0

Lada hitam antara rempah yang sering dijadikan penaik rasa masakan mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan. Antaranya, ia digunakan untuk meredakan ketidakselesaan bayi disebabkan perut kembung sejak turun temurun dengan cara mengisi segenggam lada hitam dalam balutan kain dan dihangatkan sebelum dituam pada perut bayi.
Lada hitam berkesan meredakan kembung perut kerana ia dikenal dengan sifat karminatif (mengeluarkan udara) iaitu zat yang dapat mencegah pembentukan gas.




Dipetik dari Harian Metro, Rabu, 2 September 2015 Ruangan Hati
Pengarang : Rahayu Mohd Salleh
Penolong Pengarang : Norlaila Hamina Jamaluddin

Gambar Hiasan sumber dari http://intisari-online.com//media/images/7971_lada_hitam_bantu_cegah_kanker_payudara.jpg

09 August 2015

Taman permainan untuk perkembangan kanak-kanak

9.8.15 0
Kajian seorang penyelidik dari Universiti Perubatan di Amsterdam, Evert Verhagen mendapati, taman permainan berperanan penting dalam menentukan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.
Ini kerana, kemudahan tersebut mampu membuat anak-anak bergerak aktif bersesuaian dengan usia mereka.
"Tempat bermain yang lengkap mampu membuatkan seseorang kanak-kanak itu memotivasikan diri mereka dengan lebih cepat.
"Bagaimanapun, taman permainan tersebut perlulah dilengkapi dengan kemudahan khas yang mempu menjana pemikiran setiap kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan jantina mereka,"jelasnya.
Jelasnya sebagai contoh, penyedian tapak untuk permainan berkumpul seperti sepak takraw dan bola jaring mampu membuatkan kanak-kanak bersifat lebih berdaya saing, mempertingkatkan kemahiran bersosial dan menjadi lebih fokus.
Bagaimanapun, setiap kemudahan yang disediakan di taman permainan perlu mengambil kira aspek keselamatan dan mampu diakses serta dipantau oleh ibu bapa.




Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 19 April 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
 

kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik darihttp://www.visit-terengganu.net/wp-content/uploads/2010/09/xDSC_3345.jpg



 

07 August 2015

Duduk terlalu lama punca sakit belakang

7.8.15 0
Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kiropratik British mendapati, duduk terlalu lama boleh membawa kepada masalah sakit belakang.
Posisi ketika duduk menyebabkan berlaku tekanan sehingga dua kali ganda pada tulang belakang dan ia boleh menjadi punca seseorang itu mengalami sakit belakang dan tengkuk.
Kajian yang dijalankan terhadap sekumpulan pekerja pejabat mendapati, 59 peratus daripada mereka mengadu mengalami sakit pinggang selepas duduk selama lebih 30 minit di hadapan komputer.
"Kehidupan moden pada hari ini memerlukan seseorang itu terpaksa duduk di hadapan komputer terlalu lama," kata penyelidik dari Pertubuhan Kiropraktik British, Tim Hutchful.
Hutchful turut memberitahu, kedudukan komputer seharusnya berada pada kedudukan yang selaras dengan kening, manakala kerusi pula condong ke hadapan supaya lutut berada di bawah paras pinggang.
Pekerja juga diingatkan supaya melakukan gerakan untuk membantu meregangkan kedudukan tulang belakang walaupun semasa duduk.




Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 31 Mei 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
 

kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik darihttp://supplementkiosk.blogspot.com/2014/12/ketahui-cara-merawat-sakit-belakang.html



06 August 2015

Pewarna kuku penyebab kanser

6.8.15 0
Seorang saintis dari Institut Pencegahan Kanser Universiti Stanford, California memberi amaran bahawa bahan kimia yang terkandung dalam pewarna kuku boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan.
Saintis itu, Dr. Thu Quach melalui penulisannya dalam buku The Conversation mendedahkan, bahan kimia dalam pewarna kuku boleh menyebabkan masalah kanser dan masalah kesuburan.
Dalam hasil penyelidikan itu, Quach mendedahkan pewarna kuku mengandungi sejumlah bahan kimia berbahaya seperti formaldehyde yang boleh menyebabkan kanser serta menjejaskan hormon seseorang.
Dalam pada itu, pewarna kuku turut mengandungi bahan kimia lain seperti toluene dan dibutyl phthalate yang boleh menjejaskan kesihatan orang yang terdedah kepada bahan kimia tersebut terutama pekerja salon.
Hasil kajian turut mendapati, bahan kimia pada pewarna kuku turut mendatangkan masalah lain seperti penurunan daya ingatan, gejala neurologi, rasa loya, gangguan pernafasan dan pengecutan otot yang tidak terkawal.




Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 31 Mei 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
 

kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik darihttp://www.liveolive.com/system/photos/images/000/001/477/medium/opi-1.jpg?1415776450