LightBlog

23 March 2015

Duduk terlalu lama buruk untuk jantung

Penyelidikan terbaharu yang dijalankan oleh para saintis di Kolej Perubatan Wisconsin, Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan tabiat duduk terlalu lama ketika bekerja mempengaruhi kesihatan jantung khususnya dalam kalangan golongan lelaki berusia lewat 40-an.
Salah seorang penyelidik, Prof. Jacquelyn Kulkinski berkata, duduk selama satu jam sehari sudah cukup untuk meningkatkan kadar pembentukan plak pada saluran arteri dan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok sehingga 14 peratus.
selain itu, kajian yang diterbitkan dalam Annals Of Interneal Medicine itu turut mendapati, gaya hidup sihat dengan mengunjungi gim selepas berjam-jam duduk juga tidak banyak mempengaruhi kesihatan kardiovaskular.
"Selepas waktu kerja, kebanyakan orang pulang ke rumah dan terus duduk berehat dengan menonton televisyen atau melayari internet. Ini antara lain menyumbang kepada risiko penyakit berkenaan. Mengurangkan jumlah waktu duduk menunjukkan kesan yang cukup signifikan dan posotif terhadap kesihatan jantung pada masa depan.
"Bergeraklah sebanyak mungkin di pejabat, misalnya memilih untuk menaiki tangga berbanding lif dan meletakkan kenderaan jauh dari pejabat supaya dapat berjalan kaki lebih lama," Katanya.
Kajian tersebut dijalankan ke atas 2,031 orang dewasa berusia 45 hingga 50 tahun dengan meneliti tempoh masa mereka bekerja secara duduk dan aktiviti fizikal yang dilakukan.


Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 15 Mac 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan

kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://www.okcomputersolution.net

No comments:

Post a Comment