LightBlog

24 March 2015

Tonton filem sedih cetus obesiti


Satu kajian yang dijalankan di Makmal Jenama dan Makanan, Universiti Cornell, Amerika Syarikat mendapati, menonton filem sedih boleh menyebabkan obesiti.
Ketuan penyelidik, Dr.Brian Wansik, berkata, hal itu terjadi kerana individu yang menonton filem berkenaan cenderung untuk makan berdasarkan keadaan emosi yang tidak stabil.
"Makan mengikut emosi berbeza dengan makan ketika lapar. Selesa makan ini dipengaruhi rasa sedih, stres dan kemurungan.
"Perasaan ini memyebabkan seseorang cenderung untuk makan makanan yang tinggi kandungan garam, lemak dan gula. Sama juga ketika menonton filem sedih, seseorang akan makan makanan ringan seperti keropok dan coklat secara berlebihan sehingga boleh menyebabkan kegemukan," jelasnya.
Dalam penyelidikan yang diterbitkan dalam ical Daily itu, reponden yang menonton filem sedih didapati makan makanan
ringan 28 hingga 55 peratus lebih banyak berbanding mereka yang menonton filem komedi.
Menurut Wansink, bagi mengurangkan risiko obesiti, penonton boleh menggantikan makanan ringan yang berkalori tinggi yang menyihatkan seperti lobak merah, saderi, bertih jagung serta kekacang tanpa garam.


Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 15 Mac 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan

kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://us.images.detik.com/content/2015/03/05/1410/78773206(1).jpg

1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://static.republika.co.id/uploads/images/detailnews/100330105337.jpg

No comments:

Post a Comment