Assalamualaikum semua. Pasti ramai diantara kita suka membaca novel.
Lebih-lebih lagi kaum wanita. Mungkin anda telah mengetahui cara untuk
membaca Novel secara online ini secara percuma atau anda tertanya-tanya
macamana hendak membaca novel secara online ini dengan percuma. Di zaman
yang serba moden ini, semuanya dihujung jari, pelbagai gajet mudah
dibawa kemana-mana. tekan sahaja semua apa yang kita mahu dipaparkan
pada peralatan gajet kita. Ok, kita teruskan kepada tajuk diatas.
banyak pulak saya membebelnya. cara-caranya adalah seperti dibawah.1. buka pelayar laman web (Web Browser) kegemaran anda sebagai contohnya Internet Explorer, Morzila Firefox (Musang Api), google crome dan banyak lagi.
2. Taipkan alamat ini pada address bar pelayar anda. book.google.com kemudian tekan enter. Laman seperti dibawah akan dipaparkan. ini adalah aplikasi yang disediakan oleh google.com
3. Seterusnya taipkan judul buku yang hendak dicari dalam kotak search
books dan jangan lupa klik butang search books. Senarai judul buku tajuk
yang anda cari akan dipaparkan
4. Kemudian anda boleh membaca buku kegemaran anda itu. kepada
rakan-rakan yang ada mempunyai telefon pintar. anda boleh memuat turun
aplikasi google book ini dari play store.
5. Selamat membaca
Kredit
Dipetik dari http://detikilham.blogspot.com/2014/02/cara-novel-online.html



No comments:
Post a Comment