Melakukan senaman amat penting untuk menjamin kesihatan fizikal dan emosi kita.
Kajian terbaharu yang dijalankan oleh jurnal perubatan The Lancet mendedahkan berbasikal merupakan senaman paling ideal bagi masyarakat pelbagai usia dan tidak mengira latar belakang.
"Tidak seperti tanggapan umum, berbasikal bukan hanya tertumpu pada bahagian kaki. Ini kerana ia merupakan aktiviti kardio yang mengerakkan seluruh anggota tubuh.
"Selain dapat menguatkan otot dalam badan, pada masa sama aktiviti berbasikal mampu melancarkan sistem aliran darah seterusnya dapat meningkatkan daya ingatan dan mengelakkan serangan jantung." lapor jurnal itu.
Tambahnya, berbasikal secara kerap juga mampu mengurangkan sebanyak 50 peratus risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti strok iaitu penyakit keempat paling banyak membunuh rakyat Malaysia.
Selain itu, aktiviti berbasikal juga dapat membantu mengelakkan penyakit seperti barah, kencing manis, obesiti, artritis dan juga kemurungan.
Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 22 Mac 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit
Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://www.mroczki.com.pl/wp-content/uploads/2014/04/iStock_000010586015Medium1-Family-cycling.jpg
09 April 2015
Berbasikal senaman paling ideal
Tags
# Tips kesihatan
Mengenai Salam Rezqi
Soratemplates is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates.
Tips kesihatan
Labels:
Tips kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment