Diet memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan.
Tidak perlu terlalu menahan lapar secara keterlaluan sebaliknya bijaklah memilih makanan yang sesuai untuk diambil.
Salah satunya adalah dengan tetap mengambil sumber makanan yang berlemak.
Ya, tidak selamanya lemak itu jahat untuk tubuh.
Ada lemak sihat yang berguna untuk menurunkan berat badan kerena ia akan ‘memberikan’ rasa kenyang.
AVOKADO
Avokado merupakan buah dengan kandungan 80 peratus isinya adalah lemak.Asid lemak yang ada di dalam avokado iaitu asid oleat, membantu dalam melawan kolesterol dan menjaga kesihatan tubuh.
KEJU
Keju merupakan produk olahan susu yang paling bergizi.Sepotong keju mengandungi vitamin B12, fosfor, kalsium, dan lemak baik untuk menurunkan berat badan.
COKLAT
Kandungan lemak sihat di dalam coklat sangat tinggi iaitu sekitar 65 peratus.Selain lemak, coklat juga mengandungi serat, zat besi, tembaga, magnesium, dan zat antioksidan untuk mengendalikan kolesterol dan tekanan darah.
Makanlah coklat saat sedang berdiet. Ia mampu ‘memadam’ keinginan untuk makan makanan manis.
TELUR
Sebiji telur mengandungi lemak dan kolesterol sihat yang tidak akan menyebabkan penambahan berat badan ketika andamemakannya.
Telur tinggi dengan zat antioksidan yang berguna untuk menjaga kesihatan tubuh.
IKAN
Ikan seperti salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu untuk menurunkan berat badan.Ikan salmon juga membantu menguatkan jantung dan mencegah gangguan seperti demensia.
KACANG
Kacang adalah jajan yang sihat dan kaya dengan lemak, serat, dan protein.Kacang juga mengandungi vitamin E, magnesium, dan mineral yang sangat penting untuk tubuh.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan makan kekacang berisiko rendah untuk menghadapi masalah obesiti.
BIJI CHIA
28 gram biji chia mengandungi sekitar sembilan gram lemak sihat.Asid lemak omega 3 ini penting untuk menyihatkan jantung dan menurunkan berat badan.
Dipetik dari Akhbar Sinarharian: http://www.sinarharian.com.my/wow/7-makanan-yang-boleh-dimakan-ketika-berdiet-1.793298
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari https://lifestyle.okezone.com/read/2015/02/05/298/1101785/tempat-terbaik-simpan-cokelat-bukan-di-kulkas
No comments:
Post a Comment