LightBlog

24 March 2015

Jus tomato ubat peramping


Lemak yang terkumpul pada bahagian perut bukan sahaja menjejaskan penampilan, malah ia dipercayai lebih berbahaya berbanding pengumpulan lemak di bahagian lain tubuh.
Bagi menurunkan berat badan dan menghilangkan lemak di kawasan itu, para saintis mencadangkan pengambilan segelas jus tomato setiap hari.
Penyelidikan yang di jalankan di Universiti Perubatan China, Taiwan mendapati, golongan wanita yang mengamalkan pengambilan jus tomato setiap hari selama lapan minggu berturut-turut mengalami pengurangan pada ukur lilit pinggang.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition itu turut mendapati, kadar kolesterol dalam tubuh juga menurun sehingga 10 peratus.
Selain itu, pakar perunding nutrisi, Azmina Govinji berkata, responden juga mengalami pengurangan lemak dibahagian abdomen selepas 2 bulan menjalani rejin diet itu.
"Tomato ialah kunci untuk mengawal dan mencegah pertambahan berat badan. kebaikannya juga turut diketahui dapat mengurangkan stres dan risiko penyakit jantung," katanya. Penyelidikan itu dijalankan ke atas 25 orang wanita yang sihat berusia antara 20 hingga 30 tahun.


Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 15 Mac 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan

kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2013/10/Antara-Makanan-Yang-Mampu-Kurangkan-Lemak-Di-Perut.jpg

2. Gambar sebagai hiasan dipetik darihttp://www.nuga.co/wp-content/uploads/2014/10/20141010_223128_tomat-jus-tomato-juice-650x364.jpg

No comments:

Post a Comment