LightBlog

19 April 2015

Celak punca radang mata

cara menggunakan celak mata
Celak mata merupakan antara alat solek yang sering digunakan oleh wanita bagi menyerlahkan lagi kecantikan pada bahagian mata.
Disebabkan itu, wanita masa kini bergitu menitik beratkan penggunaan celak mata dalam penampilan harian mereka.
Namun bergitu, majoriti daripada mereka memandang mudah mengenai teknik pemakaian alata solekan tersebut sehingga menimbulkan radang pada bahagian mata.
Menurut pensyarah di Universiti Waterloo, Kanada, Alison Ng, radang mata kerap berlaku apabila wanita mengaplikasikan celak pada lapisan kulit di bahagian dalam mata sehingga ia terkena pada lapisan anak mata.
"Keadaan tersebut menyebabkan mata berada dalam keadaan tidak selesa yang akhirnya menyebabkan berlaku jangkitan kuman terutamanya bagi wanita bermata kering atau sensitif.
"Bagi mengelakkan jangkitan kuman ini daripada berlaku, wanita disarankan untuk mengaplikasikan celak hanya pada bahagian kelopak mata dan di bahagian sekitar bulu mata sahaja,"jelasnya.



Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 12 April 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://yatiesendayutinggi.blogspot.com/2014/11/tips-solekan-mata-supaya-nampak-besar.html

No comments:

Post a Comment