LightBlog

07 August 2015

Duduk terlalu lama punca sakit belakang

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kiropratik British mendapati, duduk terlalu lama boleh membawa kepada masalah sakit belakang.
Posisi ketika duduk menyebabkan berlaku tekanan sehingga dua kali ganda pada tulang belakang dan ia boleh menjadi punca seseorang itu mengalami sakit belakang dan tengkuk.
Kajian yang dijalankan terhadap sekumpulan pekerja pejabat mendapati, 59 peratus daripada mereka mengadu mengalami sakit pinggang selepas duduk selama lebih 30 minit di hadapan komputer.
"Kehidupan moden pada hari ini memerlukan seseorang itu terpaksa duduk di hadapan komputer terlalu lama," kata penyelidik dari Pertubuhan Kiropraktik British, Tim Hutchful.
Hutchful turut memberitahu, kedudukan komputer seharusnya berada pada kedudukan yang selaras dengan kening, manakala kerusi pula condong ke hadapan supaya lutut berada di bawah paras pinggang.
Pekerja juga diingatkan supaya melakukan gerakan untuk membantu meregangkan kedudukan tulang belakang walaupun semasa duduk.




Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 31 Mei 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
 

kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik darihttp://supplementkiosk.blogspot.com/2014/12/ketahui-cara-merawat-sakit-belakang.html



No comments:

Post a Comment