LightBlog

15 April 2015

Bantal tempat bakteria membiak

Tempat tidur merupakan ruang privasi untuk lena dengan nyenyak selepas kepenatan melakukan aktiviti seharian.
Tidak ramai yang rajin mengemas tempat tidur dengan menjemur tilam atau menukar sarung bantal dengan kerap.
Menurut penulis buku The secret Life or Germs, Philip Tierno, 10 peratus daripada berat bantal disumbangkan oleh bakteria yang terhasil daripada debu, sel mati, rambut, peluh dan pelbagai kotoran yang lain.
"secara tidak langsung, ketika tidur, sel-sel kulit mati diwajah turut akan melekat pada sarung bantal. Lama kelamaan ia menebal," katanya.
Tambahnya, masalah tersebut akan meningkatkan risiko alahan dan asma. Selain itu kulit pada muka dan kepala akan mula menghasilkan jerawat akibat tidur diatas bantal yang penuh dengan bakteria.



Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 22 Mac 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://bumidanlangit.files.wordpress.com/2010/07/1147326639_sleepclinicjakarta.jpg

No comments:

Post a Comment