LightBlog

16 April 2015

Diet berkahsiat mampu kurangkan migrain

Migrain adalah salah satu penyakit yang sehingga kini masih mencetuskan kebuntuan ahli perubatan tentang bagaimana punca sebenarnya ia boleh berlaku.
Ini kerana tidak ada satu sebab khusus yang mampu menjelaskan punca sakit kepala yang teruk ini.
Pakar pemakanan dan naturopati, Max Tomlinson dari Englan berkata, mengawal pemakanan dengan mengikuti panduan diet sihat dan berkhasiat dapat mengurangkan masalah ini daripada terus berlanjutan.
"Kami tidak boleh menyenaraikan makanan yang berpotensi kerana terlalu banyak. Cuma anda dinasihatkan supaya menukar diet makanan kepada yang berkhasiat, segar dan menjauhi bahan kimia.
"Misalnya berhati-hati dengan kafien kerana ia boleh menyebabkan saluran darah membesar sehingga menyebabkan sakit kepala dibahagian belakang.
"Justeru amalkan minuman berkhasiat seperti air kosong, buah-buahan dan teh herba,"katanya.






Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 22 Mac 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://mensjourneyid.com/wp-content/uploads/2013/12/migrain.jpg



No comments:

Post a Comment