LightBlog

20 April 2015

Diet soda undang penyakit

minuman soda mengundang penyakitIndividu yang sedang mengamalkan regim diet yang ketat lazimnya akan lebih selektif dalam pengambilan makanan dan minuman yang diambil.
Disebabkan itu, kelompok individu ini biasanya akan mengambil minuman rendah kalori agar ia tidak menimbulkan pengumpulan lemak dalam tubuh yang akhirnya membawa kepada kegemukan.
Antara minuman yang bergitu popular bagi golongan ini ialah minuman soda diet.
Bagaimanapun, menurut seorang pensyarah di Universiti Texas, Amerika Syarikat, Dr. Sharon Fowler, minuman tersebut sebenarnya mempunyai nilai kalori yang sama dengan minuman-minuman berkaleng yang lain dan turut menyumbang kepada pembentukan lemak.
"Kajian yang kami lakukan mendapati, individu yang mengamalkan minuman soda diet sekali sehari akan menyebabkan pertambahan ukuran pinggang sehingga 6 sentimeter dalam masa kurang daripada setahun.
"Ini kerana minuman tersebut masih mengandungi pemanis dan gula buatan yang boleh menyebabkan lemak terkumpul disekeliling pinggang," jelasnya.
Tambah Fowler, pengumpulan lemak disebabkan pengambilan soda diet dikenali sebagai lemak visceral yamg mampu mengakibatkan serangan beberapa penyakit lain seperti penyakit metabolisme, diabetis, serangan jantung, kanser dan kematian mengejut.





Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 12 April 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://www.klcbs.net/wp-content/uploads/2015/02/science-05-mar15.jpg

No comments:

Post a Comment