LightBlog

21 April 2015

Cara menjadi seorang blogger yang berjaya

Setiap orang pasti ingin berjaya didalam hidupnya. Untuk menjadi seorang blogger yang berjaya seseorang itu perlu kreatif didalam penulisan blognya supaya pengunjung tertarik untuk mengunjungi selalu blog kita.

cara menjadi seorang blogger yang berjayaBlogger boleh diibaratkan seperti seorang artis, bila sudah terkenal maka ramailah peminatnya serta ramai jugalah yang ingin menjadi penaja bagi menaikkan lagi jualan produk atau perkhidmatan mereka.  Bergitu juga blogger, apabila seseorang blogger itu sudah terkenal maka ramai jugalah pengunjung ke halaman blog tersebut. Apabila ramai pengunjung setia yang membaca blog tersebut maka jumlah trafik akan meningkat dengan ini akan menarik minat usahawan-usahawan atau pengusaha produk dan perkhidmatan untuk beriklan dengan blog tersebut. Secara automatiknya dengan ini tanpa disedari oleh kita, pemilik blog tersebut dapat mencari pendapatan sampingannya. walaupun pada mulanya mereka suka-suka sahaja menulis blog mereka.

Ramai otai blogger diluar sana yang menjadikan aktivi berblogger ini sebagai punca rezeki mereka dan ramai yang sudah menjadi terkenal. Tidak kurang juga ada yang menjadikan sebagai penjana pendapatan sampingan.Seperti yang saya katakan diawal penulisan saya tadi untuk menjadi seorang penulis yang berjaya seseorang blogger itu mestilah kreatif didalam penulisannya sebagai contoh blog ben ashaari . abang ben ashaari ni salah seorang blogger sepenuh masa yang kreatif didalam penulisannya. Banyak artikel didalam blognya mengenai anak-anak dia, tentang diri dan keluarga dia. Ceritanya menarik dan kadangkala ada juga lawaknya. Jika ada berkesempatan juga bolehlah melawati blog hasrulhassan. Abang hasrulhassan juga seorang blogger sepenuh masa, beliau banyak menulis artikel-artikel tentang isu-isu semasa dan juga tentang diri beliau sendiri. banyak pengalaman dan pengajaran dari blog abang hasrulhassan.



No comments:

Post a Comment