Satu penyelidikan di Sri Langka mendapati, minyak kelapa dapat membantu menurunkan kalori dalam nasi sehingga 50 peratus.
Salah seorang penyelidik yang juga pelajar di Chemical Science College di Colombo, Sudhair James berkata, kaedah menanak nasi dengan dengan mencampurkan satu sudu teh minyak kelapa dapat menukarkan kanji mudah cerna dalam nasi kepada kanji kompleks.
"Nasi yang siap ditanak kemudian haruslah disimpan di dalam peti sejuk selama 12 jam sebelum boleh dimakan. "Proses penyejukan penting kerana ia membantu membentuk ikatan hidrogen antara molekul amilosa sehingga mengubahnya menjadi kanji kompleks.
"Setelah disejukkan, tiada masalah jika nasi itu dipanaskan semula. Ia tidak akan membuatkan kalori makanan itu meningkat," jelas James. Satu cawan nasi putih mempunyai kira-kira 240 kalori. Kajian itu dibentangkan pada National Meeting & Exposition of the American Chemical Society.
Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 5 April 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://rozitaibrahim.com/wp-content/uploads/2014/05/16.jpg
10 May 2015
Minyak kelapa turunkan kalori nasi
Tags
# Petua Sihat
Mengenai Salam Rezqi
Soratemplates is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates.
Petua Sihat
Labels:
Petua Sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment