LightBlog

12 May 2015

Kunyit mampu ubati asma

khasiat kunyit ubati asmaKunyit bukan sahaja sesuai digunakan dalam masakan, malah kajian terbaharu mendapati ia dipercayai berupaya mengubati penyakit seperti asma dan sesak nafas.
Salah seorang penyelidik dari Universiti Oxford, Pro. Gerard Bodeker berkata, kunyit mengandungi kurkuminoid yang terdiri daripada desmetoksikurkumin dan kurkumin yang berupaya meredakan penyakit berkenaan.
Menurutnya, selain itu, kurkumin juga mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh daripada serangan penyakit.
"Kurkumin berfungsi sebagai antiradang dan antihipototoksik atau antikeracunan hempedu yang berupaya meneutralkan racun serta menurunkan kadar kolestrol.
"Hasil kajian, pesakit yang mengambil kunyit selama lapan minggu menunjukkan pengurangan gejala asma sehingga 44 peratus berbanding mereka yang mengambil ubat-ubatan antiradang iaitu hanya 42 peratus sahaja," jelasnya.




Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 5 April 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://assets.kompas.com/data/photo/2014/07/16/1525016shutterstock-160362917780x390.jpg

No comments:

Post a Comment