LightBlog

05 August 2015

Pakaian baharu punca alahan

Seorang ahli dermatologi dari Pusat Perubatan Universiti Columbia di New York mendedahkan, pakaian baharu merupakan antara punca seseorang itu mendapat alahan pada kulit.
Ahli dermatologi itu, Profesor Donald Belsito berkata, bahan kimia anti kedutan fabrik yang terdapat pada pakaian baharu memberi risiko kepada masalah kulit seperti ruam, gatal-gatal dan semua bentuk alahan kulit.
Belsito turut menasihati orang ramai supaya membasuh terlebih dahulu pakaian baharu masing-masing kerana fabrik tersebut dikuatiri mengandungi pepijat atau kuman yang ditinggalkan oleh orang lain yang telah mencuba pakaian tersebut.
Bahan pewarna yang mengandungi azo-aniline pada pakaian baharu terutamanya pada fabrik sintetik turut memberi masalah pada kulit yang boleh menyebabkan berlaku kerandangan teruk terutama pada kulit sensitif.




Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 31 Mei 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
 

kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://health.detik.com/read/2012/09/03/105534/2005893/763/stop-pakai-langsung-baju-baru-tanpa-dicuci

No comments:

Post a Comment