LightBlog

14 April 2015

Minyak zaitun kurangkan risiko terkena kanser

Buah Zaiton terkenal diseluruh dunia terutamanya di Asia Barat kerana mempunyai khasiat tinggi.
Hasil kajian dari Hospital Universiti Copenhagen di Denmark mendapati, minyak zaitun yang yang diekstrak daripada lemak buah itu dapat mengurangkan kerosakan sel yang menyebabkanpertumbuhan kanser.
Ketua Jabatan Epideminologi, Dr.Dimitnios Tnichopoulos berkata, penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko terkena penyakit kanser sehingga 50 peratus.
"Individu yang mengambil 25 mililiter atau lebih kurang 2 sudu makan minyak zaitun setiap hari selama seminggu dapat menghindarkan diri daripada mengalami penyakit penyakit pembunuh itu kerana kandungan oleic asid yang terdapat di dalammya.
"Oleic asid dapat mengawal kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan tahap kolestrol baik dalam badan,"katanya.
Tambahnya, minyak zaitun tulen mempunyai banyak kebaikan untuk sistem penghadaman. selain buah zaitun yang boleh dimakan bergitu sahaja, minyak zaitun biasanya digunakan untuk memasak, barang kosmetik, farmaseutikal dan sebagai bahan minyak pelita.










Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 22 Mac 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://mustaffakadir.files.wordpress.com/2012/12/olivefruit.jpg

2. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://www.tipsehat.org/wp-content/uploads/2014/08/minyak-zaitun.jpg

No comments:

Post a Comment