LightBlog

14 May 2015

Bayam cegah nyanyuk, alzheimer


vitamin k dalam bayam hijauKajian terbaharu mendapati, amalan memakan bayam sehari sekali bukan sahaja baik untuk kesihatan otak, malah dapat mencegah penyakit dementia atau nyanyuk.
Para penyelidik di Universiti Rush, Chicago, Amerika Syarikat mendapati, orang dewasa yang mengambil sayuran hijau itu kurang berisiko untuk mengalami penurunan dari segi fungsi kognitif.
khasiat bayam hijau
Salah seorang penyelidik, Dr. Martha Clare Morris berkata, rata-rata responden yang makan bayam satu atau dua kali sehari berupaya menghentikan penuan otak sehingga 11 tahun.
"Manfaat bayam kepada otak mungkin berpunca daripada nutrisi seperti vitamin K yang terkandung di dalamnya.
"Memperbanyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau seperti ini mungkin membantu melindungi kemanpuan kognitif dan mencegah dementia serta alzheimer," Kata Morris.
Selain bayam, vitamin K juga boleh ditemui dalam sayur-sayuran lain seperti kankung, asparagus, brokoli dan kubis.




Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 5 April 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
kredit


1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://www.khasiatherba.com/wp-content/uploads/2014/09/bayam-besar-300x225.jpg


2. Gambar sebagai hiasan dipetik dari https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-gdgngb-0Wfh9C3s38eOd0jtI-2qafVCTddoe-syDXXD9Tcai3t3HqrVnBqrxT0ksaeM106r9p48QZQHwvgyAux16KmGCfy-sZYjKlWSBdkqO3jkCmHQJfEDeXygBrbZqzZGm81G8AHg/s1600/Picture+268.jpg

No comments:

Post a Comment