LightBlog

15 May 2015

Khasiat bawang putih

khasiat dan kebaikan bawang putihBawang putih merupakan bahan utama yang penting di dalam masakan kerana ia mampu membangkitkan aroma dan menjadikan sesuatu hidangan bertambah lazat.
Bukan sekadar pembangkit selera, bawang putih turut dikatakan berupaya melambatkan proses penuaan dan melindungi otak daripada penyakit alzheimer dan parkinson.
Menurut Pensyarah Patologi  dan Ilmu Anatomi Universiti Perubatan MU, Columbia, Dr. Gu Zezong, kandungan sulfur yang terkandung di dalam bawang putih didapati sangat baik untuk kesihatan tubuh dan bertindak sebagai antioksidan.
"Kajian mendapati, kandungan zat yang terdapat di dalam bawang putih dapat memulihkan semula kerosakan sel otak yang disebabkan oleh pencemaran udara, kesan penuaan dan pengambilan alkohol secara berlebihan.
"Bukan itu sahaja, ia juga berupaya membuatkan otak lebih tahan terhadap tekanan dan apa-apa penyakit yang berkaitan dengan penyakit saraf," jelasnya.




Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 12 April 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
 


kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://saransehat.com/wp-content/uploads/2014/08/Manfaat-dan-Khasiat-Bawang-Putih.jpg


No comments:

Post a Comment