LightBlog

28 May 2015

Makan di luar punca tekanan darah tinggi

kesan buruk makan makanan segeraKajian seorang pensyarah di Universiti Perubatan Duke-Nus di Singapura, Tazeen Jafar mendapati, individu yang kerap makan atau membeli makanan di kedai berisiko untuk menghidap tekanan darah tinggi.
Selain tekanan darah tinggi, individu juga dikatakan mudah berasa tertekan walaupun mereka hanya makan atau membeli makanan di kedai seminggu sekali.
"Dalam kajian ini, kita telah meneliti dan mengumpul data mengenai indeks tubuh, kekerapan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh 501 individu yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.
"Hasil daripada kajian tersebut mendapati, rata-rata mereka yang menghidap tekanan darah tinggi dan mudah merasa tertekan kerap makan dan makanan di luar,"jelasnya.
Justeru itu, Tazeen menyarankan agar individu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan pengambilan makanan di kedai supaya sukatan garam dan bahan-bahan yang lain sentiasa berada di dalam keadaan terkawal.





Dipetik dari Akhbar Kosmo Ahad 19 April 2015 Mukasurat 49 Jurnal Kesihatan
 

kredit
1. Gambar sebagai hiasan dipetik dari http://rumahdietnutrisi.com/tinymcpuk/gambar/Image/makan-di-luar-1.jpg

No comments:

Post a Comment